Tuesday 24 December 2013

Persediaan ke UKM

       Banyak persediaan perlu dilakukan sebelum diterima belajar di UKM.. Salah satunya adalah pemeriksaan kesihatan.. Aku telah membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan kerana di situ harganya jauh lebih murah daripada klinik swasta.. Aku ditemani oleh rakan baik pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan..
      
        Sampai di klinik, aku mengambil nombor giliran sebelum dipanggil untuk membuat pemeriksaan peringkat demi peringkat.. Inilah salah satu kelemahan klinik kerajaan iaitu perkhidmatan yang diberi tidak mantap.. Pelanggan terpaksa menunggu lama sementara nombor giliran dipanggil.. Hal ini setimpal dengan bayaran yang dikenakan berbanding dengan klinik swasta..

        Setelah tiba nombor giliran ku dipanggil, aku dikehendaki untuk memeriksa BMI terlebih dahulu.. Kemudian diminta untuk membuat pemeriksaan urin.. Perkara ini adalah pertama kali bagiku dan kemudian diminta membuat pemeriksaan x-ray..
 
        Beberapa minit selepas pemeriksaan selesai dilakukan, keputusan telah pun diperoleh.. Alhamdulillah, keputusan yang baik menurut piawai kemasukan ke UKM.. Kepetusan pemeriksaan kesihatan hendaklah diserahkan kepada pihak universiti semasa sesi pendaftaran..




No comments:

Post a Comment