Thursday 26 December 2013

Amalan gaya hidup sihat

      Pengamalan gaya hidup yang sihat membantu seseorang dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik.. Ramai beranggapan bahawa pemakanan yang sihat adalah pola pemakanan yang membosankan.. Ada juga beranggapan mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membolehkan gaya pemakanan yang sihat diamalkan dalam keluarga mereka..

       Anggapan ini kurang tepat kerana ikan yang berharga rm6 sekilogram lebih kurang sama khasiatnya dengan ikan dalam kategori mewah.. Tidak ada pakar pemakanan yang menyatakan kita perlu makan hidangan daripada sumber mahal untuk hidup sihat.. Makanan mahal tidak menjamin makanan kesihatan yang baik.. Yang penting, makanan yang disediakan perlulah daripada sumber yang halal, segar dan bersih, walaupun harganya murah..

       Terdapat beberapa kaedah yang boleh dijadikan amalan keluarga untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat iaitu

  1. Mulakan hari anda dengan sarapan.. Sarapan membekalkan tenaga untuk aktiviti pagi dan membolehkan otak berfikir dengan aktif.. Sarapan sepatutnya bersifat ringan dan ringkas seprti roti, sandwich atau bijirin sarapan pagi..
  2. Hidangan susu dan jus buah bersama teh atau kopi.. Susu bukan untuk bayi saja, tapi khasiat susu, terutama kalsium, diperlukan semua peringkat umur, termasuk warga emas seperti wanita menopaus untuk mengekalkan kesihatan tulang..
  3. Pastikan anda sekeluarga makan secara tetap, iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.. Sengaja meninggalkan satu hidangan boleh membuatkan anda berasa terlalu lapar dan terdorong makan lebih banyak..
Gaya Hidup Sihat
 
       4.  Jangan makan ketika menonton televisyen.. Keasyikan menonton membutkan kita tidak sedar makan terlalu banyak.. Ia secara tidak langsung dapat melatih anak untuk berdisiplin dan hanya makan di meja makan..
       5.  Hidangkan air masak ketika makan tengah hari dan malam.. Minum segelas segelas air sebelum makan membuatkan kita cepat kenyang dan kenyang lebih lama.. Usah makan bersulam air kerana kajian mendapati ini 'mencairkan' enzim pencernaan dalam perut secara tidak langsung menjejaskan kelancaran proses pencernaan..
       6.  Elak menyediakan minuman manis kerana ini bukan tabiat baik.. kaedah ini untuk membendung pengambilan gula berlebihan yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kemudian hari..
       7.  Hadkan makanan segera, gula-gula dan snek kerana ia mangandungi banyak lemak, garam dan gula, dan rendah khasiat..
       8.  Kurangkan kunjungan ke restoran makanan segera kepada sebulan sekali sahaja.. Jangan jadikan ia sebagai alat memujuk anak kerana tindakan ini lama kelamaan akan menjadi suatu kebiasaan.. Makanan segera tidak sepatutnya menggantikan hidangan berkhasiat yang boleh disediakan di rumah..
       9.  Pelajari kaedah pengendalian dan penyediaan makanan yang baik.. Utamakan kebersihan di dapur..
      10.  Ajar anak mengenai pemakanan , khasiat dan keperluannya dalam hidup kita.. Ajar aanak membantu anda di dapur dan ini merupakan masa terbaik untuk memberi peluang mereka belajar mengenai sains pemakanan..

No comments:

Post a Comment