Wednesday 25 December 2013

Banjir bah yang dasyat di Kuantan

     Pada tahun 2013 merupakan sejarah hitam iaitu Bandar kuantan telah lumpuh kerana air banjir.. Hujan yang berturutan selama 3 hari menyebabkan Kuantan mengalami banjir besar sehingga sejumlah keluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat..

      Tidak dapat dielakkan juga, aku punya rumah turut terjejas kerana banjir di Kuantan.. Tapi Alhamdulillah tidak mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.. Waktu itu penduduk taman aku susah hati jika air banjir masuk ke dalam rumah kerana banyak perabot rumah akan rosak jika air banjir masuk ke dalam rumah..

 
 
        Banyak barangan berharga telah rosak akibat banjir.. Jika dianggarkan kerugian terhadap asset yang rosak mungkin mencecah jutaan ringgit.. Selain kereta, ruamh juga turut terjejas teruk.. Bagi keluarga yang ramai mereka mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk membaiki  asset mereka yang rosak.. Oleh itu, pelbagai bantuan daripada pelbagai pihak telah membantu mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir..
 
        Hingga ke hari ni ramai pihak yang terlibat turut membantu mangsa banjir.. Aktiviti amal yang mereka lakukan ialah membersihkan rumah yang terjejas dengan banjir serta masak beramai-ramai untuk dihidangkan kepada mangsa banjir..
 
          Tidak kurang hebatnya, pelajar IPTA juga turut memerahkan tenaga dan menghabiskan masa dengan aktiviti amal untuk membantu mangsa banjir.. Sebagai contoh, beberapa orang pelajar UKM dari kolej ungku omar telah turun membantu mangsa banjir di Pulau Manis, Pekan Pahang..
 
        Pelbagai bantuan daripada kerajaan dan pihak swasta diberikan kepada mangsa banjir.. Antara bantuan yang diberikan ialah televisyen, tilam, makanan dll.. Sedikit sebanyak bantuan yang diberikan dapat mengurangkan kesedihan yang dialami oleh mangsa banjir kerana jika tengok keadaan rumah mereka yang terjejas teru bagai hendak menitiskan airmata..
 
       Tahap kesihatan mereka juga tidak menentu kerana air banjir adalah kotor.. Kita tidak tahu apa kandungan dalam air banjir tersebut.. Ini boleh menyebabkan anak-anak kecil serta orang tua mudah mendapat penyakit seperti demam, ruam dll..
 
      Oleh itu, bagi mereka yang berada di kawasan yang mengalami banjir, berhati-hati lah sentiasa dan bukan mandi air banjir.. Keselamatan diri dan orang sekeliling adalah sangat penting..

No comments:

Post a Comment