Tuesday 24 December 2013

Merelakan Hati

         Tiba hari sepatutnya aku daftar di UKM, suasana sedih mula menyelubungi.. Dalam keadaan abah yang sakit, aku terpaksa pergi kerana tuntutan Ilahi iaitu belajar keranaNya.. Meninggalkan mak sendirian menjaga abah yang sakit di hospital.. Hati ketik itu sangat berbelah bagi samaada hendak extend pengajian atau meneruskan pendaftaran di UKM.. Dengan keredhaan daripada kedua-dua orang tua dan restu keluarga serta dengan izinNya aku gagahkn diri untuk meninggalkan mereka untuk meneruskan pengajian di UKM..

          Sehari sebelum hari pendaftaran, aku ditemani oleh kakak ke Kuala Lumpur dan bermalam di rumah mak su sebelum bertolak ke UKM pada keesokannya.. Setelah sampai di KL, mak su membawa kami berjalan di sekitar KL, maklum lah bukan selalu ke KL kalau tidak bersebab..

           Keesokannya, di pagi hari kami bertolak ke Bangi hanya 45minit dari KL.. Pertama kali aku sampai di Bangi.. Ketika itu pelbagai persoalan bermain di fikiran.. Bolehkah aku berdikari di tempat orang? Kerana aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga..

           Sampai di UKM, aku sedikit teruja kerana seakan tidak percaya aku akan menuntut di universiti yang terbaik di Asia.. Melihat keadaan UKM yang besar, mampukah aku sesuaikan diri di situ? Aku belajar kerana Allah dan aku yakin sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah swt.
 
 
 
 
             Aku semakin bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di UKM.. Melihat kawasan persekitaran UKM yang menenangkan fikiran dengan tumbuhan-tumbuhan hijau dan haiwan yang ada di UKM.. Terasa berada di zoo pun ada jugak..hehe
 
 
             Setibanya di kolej kediaman, aku disambut oleh senior untuk proses pendaftaran.. Setelah selesai daftar, aku menyimpan barang-barang di bilik kemudian aku dibawa oleh mak su berjalan-jalan di sekitar bangi..
 
 
              Kemudian, mereka semua pulang ke rumah setelah selesai urusan pendaftaran ku di kolej kediaman.. Bilik di Kolej Ungku Omar sangat selesa dan setimpal dengan bayaran yuran kolej.. Aku mengemas bilik dan menunggu siapa yang akan berkongsi bilik dengan ku..
 
 
               Pada pukul 2 petang hari yang sama sesi suaikenal telah bermula selama seminggu yang dikendalikan oleh senior.. Pada hari tu, aku mendapat ramai kawan baru iaitu kawan seperjuangan di UKM.. Kami bertukar-tukar pendapat dan cerita semasa menerima tawaran ke UKM.. Menerima rakan baru banyak manfaatnya dan juga perlu berhati-hati agar tidak tersalah mamilih kawan..
 
               Ku akui, kehidupan di universiti sangat bebas dan tidak dipantau oleh guru seperti di sekolah, hanya diri sendiri yang kena mengawal samada memilih kebaikan atau keburukan.. Kematangan pada diri dan fikiran sangat lah penting ketika peringkat ini.. Tersilap langkah, padah lah semuanya..
 

No comments:

Post a Comment