Wednesday 25 December 2013

Mencegah lebih baik daripada merawat..

       Hari ini kita sering mendengar tentang orang yang menghidap penyakit buah pinggang.. Pemakanan yang seimbang dan baik amat penting untuk menjaga semua organ dalaman badan kita.. Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mengelakkan kita menghidap penyakit buah pinggang..


 
          Memang tidak ramai yang tahu tentang symptom-symptom sakit buah pinggang kerana mereka tidak peka dan tidak mahu mengambil tahu tentang penyakit yang kian menyerang beberapa orang terutamanya di Malaysia..
 
          Kita perlu perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat sekerap mana kita membuang air kencing samada kerap atau tidak daripada kebiasaan. Juga perhatikan jika ada darah semasa membuang air kecil..
 
          Selain itu, mungkin kita sering merasa keletihan.. Hal ini kerana, kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah.. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menghasilkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau..
 
          Seterusnya symptom yang akan berlaku ialah kita akan mengalami pembengkakan pada salah satu anggota badan.. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan kita.. Dan sebaliknya akan berlaku jika buah pinggang kita gagal berfungsi..
 
          Tanda seterusnya ialah kita akan mengalami ruam dan kegatalan.. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh kita akan menyebabkan kita akan mengalami kegatalan yang teruk..
 
          Perhatikan jika kita ada rasa seperti logam di dalam mulut kita.. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang.. Ianya berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam sel darah.. Juga akan mengalami loya dan muntah-muntah..
 
         Kita akan merasa sejuk sepanjang masa.. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun berada di cuaca yang panas.. Kesukaran untuk bernafas juga adalah salah satu symptom penyakit ini.. Ia mungkin disebabkan anemia atau pengumpulan bendalir dalam paru-paru..
 
        Seterusnya, kita merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah kanan.. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang kita.. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang..
 
        Kita juga kerap berasa pening kepala.. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.. Oleh itu, kita semua perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala agar kita dapat mengetahui status kesihatan kita..
 
         
 


No comments:

Post a Comment