Thursday 26 December 2013

Anak tidak mengaenang jasa Ibu Bapa

 
 
     Aku sangat beremosi jika aku terbaca tentang isu anak membuang ibu bapa yang telah uzur di rumah orang tua atau ditinggalkan di merata-rata tempat.. Sungguh busuk hati seorang anak jika dia tergamak buat begitu kepada orang tuanya.. Ibu bapa yang telah bersusah payah mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anaknya dengan sempurna kerana kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka tiada titik noktahnya..
 
      Tidak kurang dengan membiarkan ibu bapa dengan membiarkan ibu bapa mereka terbiar dan tidak terurus ada juga anak-anak yang sanggup mencederakan orang tuanya hanya kerana permintaan si anak tidak ditunaikan oleh ibu bapa tersebut.. Seolah-olah anak-anak pada masa kini sudah hilang rasa hormat, taat setia atau dalam bahasa mudahnya berakhlak mulia dan berbelas ihsan terhadap ibu bapa mereka sendiri..
 
      Walaupun kita jarang mendengarnya namun ia benar-benar berlaku pada masa kini.. Ibu bapa yang menjadi mangsa oleh perbuatan anak-anak yang bukan calang-calang orang, mereka kebanyakannya daripada golongan tahfiz, bekas pegawai tentera, pegawai bank dank pegawai kerajaan.. Ramai anak-anak masa kini yang terlalu sibuk dengan kehidupan masing-masing sehingga sanggup menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua ke rumah orang-orang tua.. Walaupun tidak membuang ke dalam tong sampah seperti kes pembuangan bayi namun  perbuatan mereka menghantar ibu bapa sendiri ke rumah orang-orang tua dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak adalah suatu perbuatan yang sangat tidak mengenang budi dan dipandang hina oleh semua agama, sedangkan mereka mampu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak..
 
        Baru-baru ini kit telah digemparkan dengan kisah anak-anak derhaka yang sanggup membuang ibu bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain.. Mengapa semua ini berlaku dalam masyarakat kini yang lebih luas pengetahuan agamanya berbanding masyarakat zaman jahiliah dahulu yang jahil tentang agama? Apakah yang yang menyumbang kepada tercetusnya masalah ini? Salah satu factor terjebaknya mereka dalam perbuatan ini adalah kerana tuntutan hidup masing-masing yang sibuk dengan kerjaya untuk menyara kos hidup yang tinggi dan sibuk mengumpul kejayaan dunia supaya boleh hidup senang.. Bayangkan betapa sunyinya ibu bapa kita bersendirian dirumah tanpa dijenguk oleh anak-anaknya walaupun seorang..
Sedangkan hampir setiap hari mereka tidak putus-putus menunggu kepulangan anak-anaknya yang ditatang sejak kecil bagai minyak yang penuh..
 
        Tidak dapat digambarkan tentang perasaan ibu bapa kita jika kita buat begitu kepada mereka.. Kehidupan yang sering sibuk tidak dapat membeli kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kita.. Oleh itu, sementara ibu bapa kita masih hidup, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang kerana itu yang membuatkan mereka bergembira di samping anak-anak mereka..


No comments:

Post a Comment