Thursday 26 December 2013

Khas buat seorang TEMAN :)

     Teman adalah seseorang yang mahu menunjukkan di mana letak kesalahan, bukan seseorang yang membicarakan di belakang dan membiarkan tetap dengan kesalahan yang telah buat tanpa tahu apa yang salah..

     Teman adalah seseorang yang tidak menumbuhkan perasaan negative dalam hati dan fikiran.. Teman juga seseorang yang menegur lalu mengatakan bicarakan tentang orang lain..

     Teman adalah seorang yang tidak membiarkan menghabiskan waktu dengan sia-sia untuk sekadar sembang tanpa makna.. Teman adalah seseorang yang tidak pernah berbicara kasar dan mempenagruhi untuk ikut bercakap kasar.. Teman adalah seorang yang ingin menjadi lebih baik.. Teman adalah seseorang yang membuat berfikir positif dan tidak berprasangka buruk terhadap orang lain..

     Tentang TEMAN..
- Teman adalah manusia biasa yang tidak akan terlepas dari salah dan lupa.. Teman yang baik adalah teman yang mahu berbesar hati meminta maaf jika salah dan memaafkan kesalahan teman yang sudah berbuat salah.. Teman itu bererti seseorang di luar diri kita yang telah mengenal kita.. Teman adalah seorang yang tidak membuat kita merasa buruk juga tidak membuat kita menjadi buruk..



Kawan adalah ahli keluarga yang kedua.. betul ke?

     Kata mak "KAWAN itu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang"

     Kata ayah "KAWAN itu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit"

     Kata atuk "KAWAN itu seperti air..Terus mengalir"

     Kata nenek "KAWAN itu bak bulan, dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana"

     Kata saudara "KAWAN itu macam makanan, kawan makan kawan"

     Kata abang "KAWAN itu serti lembu, mengikut je apa yang dikata"

     Kata kakak "KAWAN itu tak ubah macam durian, bau busuk je tapi sedap dimakan"

     Kata adik "KAWAN itu macam biskut, sekejap ada sekejap tak ada"

     Kata aku "KAWAN itu tak kisah lah macam mana walaupun dia "Ibarat lebah, Umpama bunga ros, Seperti air, Bak bulan, Seperti Lembu, Tak ubah macam durian dan macam biskut!"

Dia tetap KAWAN... Tau tak sebab apa? Sekali aku dah berkawan dengan dia, selamanya dia tetap KAWAN aku..


Tips pengawalan nafsu makan..hehe

      Jika kita sudah terbiasa makan dengan banyak dan suka makan makan ringan memang agak sukar untuk kita mengawal nafsu makan.. Biar saya terus terang sebenarnya kita mengalami ketagihan makanan.. Apabila kita tidak dapat makan apa yang kita inginkan kita akan rasa gelisah dan hilang punca.. Memang kita perlu makan untuk dapatkan tenaga tapi berpada-pada lah..

  • Minum segelas air kosong
     - Jika kita terasa mahu makan lagi walaupun kita sudah pun mengambil makanan yang cukup, cuba minum segelas air kosong.. Jika terasa nk makan lagi.. Tambah segelas air kosong lagi.. Apabila perut kia sudah penuh dengan air kosong kita tidak akan terasa nak makan lagi..
  • Elakkan membawa makanan kegemaran
     - Elakkan beli dan membawa balik makanan ringan ke rumah.. Selalaunya nafsu makan kita tinggi bila berada di rumah.. Seeloknya ganti makanan ringan dengan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan..
  • Tipu minda anda
     - Tipu minda kita.. Banyangkan kita hanya ketagih makanan yang baik untuk kesihatan seperti roti berserat atau kacang..
  • Makan berkala
     - Makan lima ke enam kali sehari dalam kuantiti yang sederhana.. Kita boleh membuat jadual pemakanan mengikut keperluan kalori kita untuk sehari.. Elakkan makan ketika terlalu lapar.. Bimbang kita akan makan terlalu banyak akibat terlalu lapar..
  • Motivasi diri kita
     - Gunakan nota kecil.. Tulislah apa-apa yang boleh memotivasikan diri kita supaya tidak makan dengan banyak.. Contohnya "Aku nak kurus...Aku nak jadi cantik...Aku takkan makan terlalu banyak lagi.." Kemudian kita tampal di tempat yang kita selalu lihat seperti di cermin, peti sejuk atau dompet kita..

Keistimewaan oat

    Tahukah kalian oat boleh membantu merendahkan tahap kolestrol dan aku juga suka makan oat di waktu pagi.. Penjagaan jantung yang sihat bermula daripada pengambil makanan yang seimbang dan kurang kolestrol.. Mulakan penjagaan jantung kita dengan menambahkan oat ke dalam diet harian anda seperti yang disyorkan oleh pakar kesihatan..

     Hanya dua sudu besar serbuk oat bran, pengguna dapat menikmati kebaikan oat dan ciri pengurangan kolestrol dengan mudah..

Khasiat Oat
     Oat merendahkan tahap kolesterol dalam badan ialah Oat Beta-Glukan, sejenis serat larut air.. Serat ini membentuk gel dalam saluran pencernaan untuk mengikat kolesterol yang berlebihan dan lemak dalam perut dan menghalangnya daripada diserap tubuh..
 
     Oat Beta-Glukan terbukti secara klinikal bermanfaat untuk kesihatan jantung.. Selain mengawal paras LDL dan kolesterol keseluruhan , ia juga membantu mengawal kencing manis dengan memperlahankan kadar penyerapan gula ke dalam saluran darah dan membantu pengurusan berat badan dengan kandungan serat larut tinggi , system pencernaan dan menggalakan pembiakan bakteria baik..
 
     

Amalan gaya hidup sihat

      Pengamalan gaya hidup yang sihat membantu seseorang dapat menjalankan aktiviti harian dengan baik.. Ramai beranggapan bahawa pemakanan yang sihat adalah pola pemakanan yang membosankan.. Ada juga beranggapan mereka perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk membolehkan gaya pemakanan yang sihat diamalkan dalam keluarga mereka..

       Anggapan ini kurang tepat kerana ikan yang berharga rm6 sekilogram lebih kurang sama khasiatnya dengan ikan dalam kategori mewah.. Tidak ada pakar pemakanan yang menyatakan kita perlu makan hidangan daripada sumber mahal untuk hidup sihat.. Makanan mahal tidak menjamin makanan kesihatan yang baik.. Yang penting, makanan yang disediakan perlulah daripada sumber yang halal, segar dan bersih, walaupun harganya murah..

       Terdapat beberapa kaedah yang boleh dijadikan amalan keluarga untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat iaitu

  1. Mulakan hari anda dengan sarapan.. Sarapan membekalkan tenaga untuk aktiviti pagi dan membolehkan otak berfikir dengan aktif.. Sarapan sepatutnya bersifat ringan dan ringkas seprti roti, sandwich atau bijirin sarapan pagi..
  2. Hidangan susu dan jus buah bersama teh atau kopi.. Susu bukan untuk bayi saja, tapi khasiat susu, terutama kalsium, diperlukan semua peringkat umur, termasuk warga emas seperti wanita menopaus untuk mengekalkan kesihatan tulang..
  3. Pastikan anda sekeluarga makan secara tetap, iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.. Sengaja meninggalkan satu hidangan boleh membuatkan anda berasa terlalu lapar dan terdorong makan lebih banyak..
Gaya Hidup Sihat
 
       4.  Jangan makan ketika menonton televisyen.. Keasyikan menonton membutkan kita tidak sedar makan terlalu banyak.. Ia secara tidak langsung dapat melatih anak untuk berdisiplin dan hanya makan di meja makan..
       5.  Hidangkan air masak ketika makan tengah hari dan malam.. Minum segelas segelas air sebelum makan membuatkan kita cepat kenyang dan kenyang lebih lama.. Usah makan bersulam air kerana kajian mendapati ini 'mencairkan' enzim pencernaan dalam perut secara tidak langsung menjejaskan kelancaran proses pencernaan..
       6.  Elak menyediakan minuman manis kerana ini bukan tabiat baik.. kaedah ini untuk membendung pengambilan gula berlebihan yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kemudian hari..
       7.  Hadkan makanan segera, gula-gula dan snek kerana ia mangandungi banyak lemak, garam dan gula, dan rendah khasiat..
       8.  Kurangkan kunjungan ke restoran makanan segera kepada sebulan sekali sahaja.. Jangan jadikan ia sebagai alat memujuk anak kerana tindakan ini lama kelamaan akan menjadi suatu kebiasaan.. Makanan segera tidak sepatutnya menggantikan hidangan berkhasiat yang boleh disediakan di rumah..
       9.  Pelajari kaedah pengendalian dan penyediaan makanan yang baik.. Utamakan kebersihan di dapur..
      10.  Ajar anak mengenai pemakanan , khasiat dan keperluannya dalam hidup kita.. Ajar aanak membantu anda di dapur dan ini merupakan masa terbaik untuk memberi peluang mereka belajar mengenai sains pemakanan..

Alam maya menjadi penghubung pada masa kini

       Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk berhubung dengan seseorang yang berada di serata dunia.. Saluran komunikasi seperti facebook, wechat, whatsapp, viber dll merupakan saluran komunikasi yang kian popular pada masa kini..

       Di university ini, tugasan yang diberi juga perlu dihantar dalam bentuk softcopy iaitu melalui penghantaran emel atau dalam bentuk cd.. Sebarang pemberitahuan pensyarah akan berhubung dengan pelajar melalui emel, facebook atau whatsapp seiring dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa kini..

      Namun komunikasi melalui alam maya memerlukan rangkaian internet yang membolehkan seseorang itu menerima maklumat melalui alam maya.. Jika seseorang tidak mempunyai rangkaian internet, maklumat mungkin tidak diterima oleh individu tersebut..

      Dengan adanya kemudahan saluran komunikasi melalui alam maya, kita boleh bertemu dengan rakan yang telah terpisah atau berkenalan dengan rakan baru.. Hubungan silaturahim juga akan berkembang.. Sesi perbualan juga boleh tanpa bersua muka kerana gambar dipaparkan di laman sesawang tersebut dan tidak perlu bersua muka jika ingin bertanya khabar.. Ia juga menjimatkan masa dan tenaga jika ingin bertemu..

 

       Dari kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa semua menggunakan komunikasi secara alam maya untuk mereka berhubung antara satu sama lain.. Isu semasa juga diketahui melalui sebaran di internet.. Ianya lebih pantas dan seluruh dunia mengetahui tenteng sesuatu isu semasa yang berlaku.. Ia juga menjadi penghubung antara Negara dengan Negara yang lain dari pelbagai segi.. Tuntasnya komunikasi menerusi alam maya pada hari ini sangat penting bagi semua orang..
 



I cannot change yesterday but i can change today

      Siapakah pendorong yang terbaik untuk kita? Pendorong terbaik adalah diri kita sendiri.. Hanya diri kita sahaja yang boleh mengubah siapa kita di masa sekarang dan siapa kita pada masa hadapan..
Peristiwa yang berlaku, biarkan ianya jadi pengalaman yang akan membuatkan anda lebih tabah dan matang dalam kehidupan yang mendatang..

     Berikut merupakan ayat-ayat motivasi untuk diri sendiri :
  • Hidup ini terlalu indah...nikmatilah
  • Ingat, bahawa kita tidak pernah sendirian
  • Tiada siapa boleh mengubah diri kita kecuali diri sendiri
  • Tindakan lebih penting daripada kata-kata yang sia-sia
  • Jangan berhenti katakana pada diri sendiri yang kiat juga boleh
  • Putus asa adalah sia-sia. mengapa harus kita sia-siakan hidup kita?
  • Hargai hidup kita, lakukan yang terbaik bukan menyesali kehidupan
  • "Jika mereka boleh, kenapa kita tak boleh?"
  • Lakukan perkara yang baik, pasti semuanya akan jadi baik-baik

Kelebihan minum air putih

        Tabiat meminum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik.. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi.. Ia juga baik untuk penyakit antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, system jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsy, kegemukan berlebihan, asma bronchitis, TB, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, Rahim, kanser, dan gangguan haid..

          Bangun sahaja dari tidur pastikan minum segelas air.. Biarpun sebelum membersihkan mulut.. Khusus untuk kesihatan.. Japanese Medical Society misalnya Berjaya membuktikan dalam kes-kes teretntu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di Negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan,system jantung, artritis, degupan  jantung yang pantas, epilepsy, lemak berlebihan, bronchitis, TB, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing..

        Setiap 25kg berat badan memerlukan 1 liter air untuk perkembangan otot yang sihat supaya mampu membakar lebih banyak lemak (otot mengandungi 75% air) kerana orang yang lebih berat kebanyakan mereka kekurangan air disebabkan lebih banyak peratus lemak mengambil alih kawasan badan.. Air juga membantu menyingkirkan toksik daripada terus mendap di dalam tubuh dan mampu menggalakkan penyakit yang bersangkut paut dengan obesity seperti sakit jantung, darah tinggi, gaut, kencing manis, dan strok.. Rakyat Malaysia kebanyakkannya malas minum air dan bersenam menyebabkan berlakunya mendapan asid yang tinggi.. Denagn minum air yang banyak, kita dapat menyingkirkan toksik bagi membantu proses penurunan berat badan dilakukan dengan lebih lancar..

 


Ketabahan kehidupan anak yatim

       Apabila melihat kesusahan anak yatim meminta sedekah daripada orang ramai aku jadi kasihan kepada mereka.. Malah walau tidak mahu membeli barang-barang jualan mereka, atau memberikan derma kepada mana-mana jabatan yang meminta derma, sering benar aku memberi sedikit wang untuk membolehkan mereka menyimpan atau digunakan untuk membeli makanan atau minuman..

       Sungguh aku kasihan membayangkan kehidupan mereka tanpa ibu, tanpa ayah.. Sesetengahnya memang sebatang kara di dunia ini.. Tidak mempunyai saudara mara pun.. Kehidupan mereka hanya bergantung atas belas kasihan daripada orang ramai..

       Terdapat juga kisah yang menyayat hati iaitu apabila anak yatim mengingati ibunya.. Tak dapat bayangkan perasaan sedih, berapa banyak titisan airmata anak itu tumpah untuk sekadar melukis gambar ibunya di lantai sebelum ia tidur.. Hanya gambaran ibunya dalam benaknya sahaja sebab foto pun tidak sempat disimpan dan dimiliki.. Tergambar wajah ibunya yang sedang tersenyum  sambil tertulis di samping gambarnya tulisan yang berbunyi mama..

 
kisah sedih dan menyayat hati, kisah anak yatim, Kisah Benar, Kisah Sedih, Kisah Menyayat Hati Bagaimana Anak Yatim Mengingati Ibunya, cerita sedih.
 
      Gambar yang sedih dan mengayat hati ini diambil dari salah sebuah rumah anak yatim piatu di Palestina, yang menunjukkan seorang anak yatim melukis gambar ibunya di atas lantai dan tidur dipangkuannya, dalam usaha untuk mendapatkan kasih sayang dan belas kasihan seorang ibu..
 
      Kisah seorang anak kecil yang melukis gambar ibunya pada sebuah lantai ini menggambarkan kepedihan seorang anak yang begitu merindui kasih sayang seorang ibu, ibu anak ini meninggal dunia dalam sebuah peperangan di negeri para Nabi palestin, sang anak tinggal di sebuah rumah anak yatim piatu di palestina yang mungkin di rumah yatim ini banyak anak-anak yang menjadi korban ditinggal orang tuanya akibat perang yang tiada berkesudahan antara palestina dan israel, mereka adalah anak-anak korban kebiadaban Israel, mereka anak-anak yang tidak tahu menahu apa yang membuat mereka jadi korban perang yang begitu kejam itu, mereka hanya ingin hidup damai selayaknya macam anak-anak yang lain..
 
        Bagi anak-anak yang masih mempunyai kedua ibu bapa bersyukurlah dengan sebenar-benarnya, jangan sia-siakan pengorbanan dan kasih sayang mereka, berbaktilah dengan sepenuh jiwa raga kita, baik dengan doa untuk untuk kebaikan kedua orang tua mahupun dengan pembuktian pemeliharaan kita sebagai anak dihari tua kedua orang tua, ibu bapa kita jangan sia-siakan..
 
      

Senyuman adalah sedekah..

    Beberapa rahsia di sebalik senyuman telah dikaji oleh beberapa orang penyelidik.. Antaranya ialah para sainstis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh badan dan mampu memberi manfaat berguna kepada system saraf otak dan juga hormone-hormone..

    Seterusnya ialah pengkaji dan peramal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan..
Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.. Kajian menunjukkan senyuman mempertahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak..

    Berikutnya apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi..

     Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang  mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri..

     Kajian telah menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit.. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung  meningkat..
Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa..

 
 
      Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa.. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan ornag dewasa.. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan..
 
       Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik.. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik.. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada system ketahanan badan..
 
      Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen.. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat.. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormone semakin baik seperti hormone 'endorphins' dan hormone 'neurotransmitters'..
 
      Ketiak kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk system pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibody melawan penyakit)..
 
     
 
     Senyuman juga mampu menrendahkan tekanan darah rendah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merancang proses penyembuhan.. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung..
 
 
 
 
 
"SENYUMAN ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGAYANG SEMPURNA KEMBANGNYA"


Kebenaran sebuah kegagalan

     Dalam meniti kegagalan, sama ada yang telah dilalui atau bakal ditempuh, pasti ada yang rasa kecewa atau kecundang.. Tidak kiralah sama ada bagi mereka yang terasa kegagalan dalam peperiksaan atau yang lebih teruk, kegagalan dalam kehidupan..

     Ayat motivasi di bawah diambil dan dialih bahasa daripada tulisan puisi "Kebenaran Sebuah Kegagalan" oleh Robert Schuller

  • Kegagalan tidak bermakna anda gagal...ia bermaksud anda belum Berjaya lagi
  • Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa...ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu
  • Kegagalan tidak bermakna anda bodoh...ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi
  • Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan...ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba
  • Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu...ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain
  • Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah..ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik
  • Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda...ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru
  • Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah...ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi
  • Kegagalan tidak bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu...ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untu kamu

Tanggungjawab seorang pelajar

      Sebagai seorang pelajar, terdapat pelbagai tanggungjawab yang perlu dipikul termasuklah tanggungjawab terhadap diri sendiri, guru, Negara, ibu bapa dan sebagainya.. Mari kita ikuti beberapa tanggungjawab yang harus dipegang oleh seorang pelajar..

TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP DIRI SENDIRI
  • Menjaga kebersihan diri , termasuklah kebersihan fizikal, mental dan rohani
  • Bersopan, jujur dan amanah
  • Menghargai masa dan menepati masa
  • Berjimat cermat
  • Bersifat sederhana dan tidak sombong
  • Sabar dan bertolak ansur
  • Menghormati hak asasi orang lain
  • Berani dan cekal hati
  • Berdedikasi dan berdikasi
  • Berjuang mencapai kecemerlangan dalam semua bidang
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP AGAMA
  •  Taat kepada perintah Tuhan
  • Mempertahankan kesucian agama
  • Mendalami dan mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan harian
  • Menuntut ilmu sebagai memenuhi tuntutan agama
  • Menyebarluaskan nilai-nilai murni keagamaan di kalangan masyarakat
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP KELUARGA
  • Menghormati orang tua dan ibu bapa
  • Memupuk hubungan yang baik bersama ahli keluarga
  • Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk menjadi seorang yang berpendidikan dan bermoral tinggi
  • Menjaga nama baik keluarga
  • Menghormati sahabat/kenalan keluarga
TANGGUNGJAWB PELAJAR TERHADAP MASYARAKAT
  • Tolong menolong dan bekerjasama
  • Menghormati orang-orang yang lebih tua
  • Bertolak ansur, pantang larang dan adat resam suku bangsa lain
  • Bersefahaman dan bersabar
  • Melibatkan diri dalam aktiviti khidmat masyarakat/kebajikan
  • Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan ahiwan serta alam sekitar
  • Memelihara kerukunan hidup berjiran
  • Mempertahankan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia daripada pencemaran budaya
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP GURU
  • Menghormati guru sebagai sumber pengetahuan
  • Bersopan terhadap guru
  • Bersedia memberi kerjasama dan bantuan
  • Mematuhi arahan guru
  • Menjaga perasaan guru
  • Menerima teguran guru dengan positif
TANGGUNGJAWAB PELAJAR TERHADAP NEGARA
  • Mencintai Negara dan bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan negara
  • Mematuhi undang-undang
  • Mengamalkan prinsip rukun Negara
  • Menjaga kemudahan-kemudahan awam
  • Menjaga dan menaikan imej Negara
  • Memelihara perpaduan dan kerukunan hidup rakyat malaysia
  • Memelihara dan mempertahankan keindahan semulajadi 

Sistem HP yang merumitkan pelajar baru

     Pada permulaan aku masuk ke UKM, pelajar baru seperti aku telah didedahkan tentang system hp yang memerlukan LC untuk menamatkan pengajian di UKM.. Aku tertanya-Tanya apakah itu hp? Ramai senior telah menerangkan sedikit sebanyak tentang system hp ini.. Tapi pada sesi 2013/2014, system hp telah berubah.. Setiap pelajar hanya dibenarkan mendaftar 2 hp untuk satu semester.. Ini bermakna setiap semester pelajar perlu melibatkan diri dalam aktiviti pembagunan insaniah..

      Namun aku telah menerima berita bahawa ramai pelajar yang telah mengeluh dengan system hp yang baru kerana kami perlu menghadiri nanyak perjumpaan demi menjayakan program yang bakal dijalankan sehingga mengganggu masa pembelajaran kami dan sesi mengulangkaji..

      Selain itu, kehendak pensyarah yang mengarahkan pelajar membentangkan perjalanan program dalam bentuk power point amat merumitkan pelajar.. Ada juga pensyarah yang tidak menjalankan tanggungjawab kerana tidak mengadakan perjumpaan tentang hp dengan pelajar.. Ini menambahkan lagi kesukaran kepada pelajar kerana mereka tidak tahu tentang maklumat hp ini dengan sepenuhnya..

       Masalah ini telah diutarakan kepada pihak berwajib untuk membuat semula penilaian berkenaan system hp yang baru ini.. Agar tidak merumitkan pelajar kerana pelajar juga sudah dibebankan dengan tugasan berkaitan fakulti..

Anak tidak mengaenang jasa Ibu Bapa

 
 
     Aku sangat beremosi jika aku terbaca tentang isu anak membuang ibu bapa yang telah uzur di rumah orang tua atau ditinggalkan di merata-rata tempat.. Sungguh busuk hati seorang anak jika dia tergamak buat begitu kepada orang tuanya.. Ibu bapa yang telah bersusah payah mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anaknya dengan sempurna kerana kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka tiada titik noktahnya..
 
      Tidak kurang dengan membiarkan ibu bapa dengan membiarkan ibu bapa mereka terbiar dan tidak terurus ada juga anak-anak yang sanggup mencederakan orang tuanya hanya kerana permintaan si anak tidak ditunaikan oleh ibu bapa tersebut.. Seolah-olah anak-anak pada masa kini sudah hilang rasa hormat, taat setia atau dalam bahasa mudahnya berakhlak mulia dan berbelas ihsan terhadap ibu bapa mereka sendiri..
 
      Walaupun kita jarang mendengarnya namun ia benar-benar berlaku pada masa kini.. Ibu bapa yang menjadi mangsa oleh perbuatan anak-anak yang bukan calang-calang orang, mereka kebanyakannya daripada golongan tahfiz, bekas pegawai tentera, pegawai bank dank pegawai kerajaan.. Ramai anak-anak masa kini yang terlalu sibuk dengan kehidupan masing-masing sehingga sanggup menghantar ibu bapa mereka yang sudah tua ke rumah orang-orang tua.. Walaupun tidak membuang ke dalam tong sampah seperti kes pembuangan bayi namun  perbuatan mereka menghantar ibu bapa sendiri ke rumah orang-orang tua dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang anak adalah suatu perbuatan yang sangat tidak mengenang budi dan dipandang hina oleh semua agama, sedangkan mereka mampu untuk melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak..
 
        Baru-baru ini kit telah digemparkan dengan kisah anak-anak derhaka yang sanggup membuang ibu bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain.. Mengapa semua ini berlaku dalam masyarakat kini yang lebih luas pengetahuan agamanya berbanding masyarakat zaman jahiliah dahulu yang jahil tentang agama? Apakah yang yang menyumbang kepada tercetusnya masalah ini? Salah satu factor terjebaknya mereka dalam perbuatan ini adalah kerana tuntutan hidup masing-masing yang sibuk dengan kerjaya untuk menyara kos hidup yang tinggi dan sibuk mengumpul kejayaan dunia supaya boleh hidup senang.. Bayangkan betapa sunyinya ibu bapa kita bersendirian dirumah tanpa dijenguk oleh anak-anaknya walaupun seorang..
Sedangkan hampir setiap hari mereka tidak putus-putus menunggu kepulangan anak-anaknya yang ditatang sejak kecil bagai minyak yang penuh..
 
        Tidak dapat digambarkan tentang perasaan ibu bapa kita jika kita buat begitu kepada mereka.. Kehidupan yang sering sibuk tidak dapat membeli kasih sayang yang diberikan oleh ibu bapa kita.. Oleh itu, sementara ibu bapa kita masih hidup, jagalah mereka dengan penuh kasih sayang kerana itu yang membuatkan mereka bergembira di samping anak-anak mereka..


Wednesday 25 December 2013

Ekonomi Malaysia

   Merata-rata tempat kini telah kecoh tentang harga naik terhadap barangan di Malaysia.. Rakyat semua bising tentang harga petrol oleh kerana pengurangan subsidi oleh kerajaan.. Hal ini membebankan rakyat kerana tidak semua rakyat di Malaysia ini mempunyai pendapatan persendirian yang mencecah RM5000 sebulan.. Oleh kerana harga petrol naik secara tidak langsung harga barngan lain turut meningkat.. Alasannya kerana mereka menggunakan petrol untuk menggerakkan kenderaan untuk membeli bahan mentah di pasaraya..

     Kos perbelanjaan untuk melakukan sebarang kenduri-kendara juga meningkat kerana barangan persiapan untuk membuat kenduri sangat mahal.. Pihak catering juga menaikan harga upah mereka.. Baru-baru ini, bajet telah dibentangkan dan harga tol di lebuhraya juga akan meningkat.. Pelaksanaan GST juga bakal membebankan lagi kepada rakyat..

     Jika kenaikan kos perbelanjaan selaras dengan kenaikan pendapatan persendirian adalah logic untuk dipertimbangkan.. Jika pihak kerajaan memberi BR1M untuk rakyat ia tidak mencukupi kerana duit yang diterima adalah untuk tempoh setahun sahaja.. Rakyat semakin berasa sesak nafas jika difikirkan semua harga barangan meningkat.. Hal in akan menyebabkan Negara boleh berlaku inflasi...

       Dunia hari ini menunjukkan wang yang banyak mengejar barang yang sedikit. Jika hendak disbandingkan dengan 5 tahun yang lalu wang RM 1 boleh beli bermacam-macam tapi hari ini mungkin tidak dapat barangan pada harga RM1..
 
 
 
        Memang wang tidak akan dibawa ke dalam kubur kelak tapi dunia yang sangat mendesak ini menyebabkan wang itu amat penting dan berguna kepada semua orang.. Jika barangan semua meningkat harga, statistic kemiskinan di Malaysia ini mungkin akan meningkat.. Hal ini kerana orang yang bekerja pada peringkat bawahan tidak mempunyai gaji yang cukup untuk menam pung kos sara hidup yang kian meningkat..
 
       Kejadian jenayah seperti rompakan juga mungkin akan terjadi jika semua orang terdesak untuk memiliki wang yang banyak untuk membeli keperluan dan kehendak barangan yang mereka perlu.. Aku bermohon agar pihak atasan mendengar suara rakyat yang terseksa ini..

Kejadian aneh di Sabah

    Baru-baru ini digemparkan fenomena ikan naik ke darat yang berlaku di Lahad Datu, Sabah.. Banyak spekulasi yang timbul waktu ini.. Ada yang berpendapat bahawa tragedy Tsunami akan berlaku namun kita tidak perlu cepat melatah kerana Allah itu lebih mengetahui.. Hanya perlu bersangka baik sahaja kepada Tuhan yang satu.. Mungkin ini rezeki yang Allah nk bagi kepada kita semua.. Agar kita sentiasa menyucapkan rasa syukur kepadaNya.. Gambar di bawah ini menunjukkan fenomena yang berlaku di Sabah..

 
 
       Apa yang penting kita perlu memohon doa kepada Allah agar tidak diberi bencana alam yang teruk kepada kita.. Kerana kita mungkin belum sedia untuk menghadapi semua itu.. Ini adalah hikmah untuk kita memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik..

Banjir bah yang dasyat di Kuantan

     Pada tahun 2013 merupakan sejarah hitam iaitu Bandar kuantan telah lumpuh kerana air banjir.. Hujan yang berturutan selama 3 hari menyebabkan Kuantan mengalami banjir besar sehingga sejumlah keluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat..

      Tidak dapat dielakkan juga, aku punya rumah turut terjejas kerana banjir di Kuantan.. Tapi Alhamdulillah tidak mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.. Waktu itu penduduk taman aku susah hati jika air banjir masuk ke dalam rumah kerana banyak perabot rumah akan rosak jika air banjir masuk ke dalam rumah..

 
 
        Banyak barangan berharga telah rosak akibat banjir.. Jika dianggarkan kerugian terhadap asset yang rosak mungkin mencecah jutaan ringgit.. Selain kereta, ruamh juga turut terjejas teruk.. Bagi keluarga yang ramai mereka mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk membaiki  asset mereka yang rosak.. Oleh itu, pelbagai bantuan daripada pelbagai pihak telah membantu mengurangkan beban mangsa-mangsa banjir..
 
        Hingga ke hari ni ramai pihak yang terlibat turut membantu mangsa banjir.. Aktiviti amal yang mereka lakukan ialah membersihkan rumah yang terjejas dengan banjir serta masak beramai-ramai untuk dihidangkan kepada mangsa banjir..
 
          Tidak kurang hebatnya, pelajar IPTA juga turut memerahkan tenaga dan menghabiskan masa dengan aktiviti amal untuk membantu mangsa banjir.. Sebagai contoh, beberapa orang pelajar UKM dari kolej ungku omar telah turun membantu mangsa banjir di Pulau Manis, Pekan Pahang..
 
        Pelbagai bantuan daripada kerajaan dan pihak swasta diberikan kepada mangsa banjir.. Antara bantuan yang diberikan ialah televisyen, tilam, makanan dll.. Sedikit sebanyak bantuan yang diberikan dapat mengurangkan kesedihan yang dialami oleh mangsa banjir kerana jika tengok keadaan rumah mereka yang terjejas teru bagai hendak menitiskan airmata..
 
       Tahap kesihatan mereka juga tidak menentu kerana air banjir adalah kotor.. Kita tidak tahu apa kandungan dalam air banjir tersebut.. Ini boleh menyebabkan anak-anak kecil serta orang tua mudah mendapat penyakit seperti demam, ruam dll..
 
      Oleh itu, bagi mereka yang berada di kawasan yang mengalami banjir, berhati-hati lah sentiasa dan bukan mandi air banjir.. Keselamatan diri dan orang sekeliling adalah sangat penting..

Kenali tanda-tanda mengalami tekanan darah tinggi

       Tekanan darah tinggi juga penyakit yang juga berbahaya dan boleh memudaratkan seseorang.. Banyak peringkat kita boleh ketahui samada kita mengalami masalah tekanan darah tinggi atau tak..
Pertama sekali adalah darah yang pekat dan gelap.. Apabila kandungan dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi..

          Gout Thick Blood
       Peringkat kedua ialah kerap rasa letih dan mengantuk.. Darah yang menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrient ke seluruh badan dengan efektif.. Apabila otak kita tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi kita akan kerap rasa letih dan mengantuk..  Kualiti tidur kita juga akan terganggu.. Tidur 7 atau 8 jam satu hari (lebih dari cukup) tetapi masih rasa letih dan mengantuk khasnya pada waktu petang..
 
       Gout Tired Sleepy
       Peringkat ketiga adalah kerap sakit kepala atau migraine.. Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekan dalam otak sudah menjadi semakin meningkat..
 
tekanan darah tinggi
       Peringkat keempat ialah penglihatan menjadi semakin kabur.. Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus apabila pengaliran darah terjejas.. Sel-sel mata akan merosot dan akhirnya menjadi ketarak atau mungkin buta..
 
 
  mata kabur
       Peringkat seterusnya ialah masalah buah pinggang, pengerasan saluran darah, fungsi hati merosot, dan lain-lain penyakit skunder.. Kesannya, buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah.. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia perlu juga bekerja keras unruk menyingkirkan sisa-sisa kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan tu..
 
Gout Kidney Failed
       Peringkat terakhir ialah strok dan serangan jantung.. Apa yang paling menakutkan mengenai strok dan serangan jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal.. Apabila ia menyerang, ia mungkin pertama kali dan ia mungkin juga kali terakhir..
 
Gout Game Over
        Oleh itu, masyarakat sekarang perlu peka terhadap peringkat-peringkat ini untuk mengesan penyakit darah tinggi dengan lebih awal agar tidak menjadi lebih kronik..



www.tekanandarahtinggi.com

Mencegah lebih baik daripada merawat..

       Hari ini kita sering mendengar tentang orang yang menghidap penyakit buah pinggang.. Pemakanan yang seimbang dan baik amat penting untuk menjaga semua organ dalaman badan kita.. Langkah-langkah awal perlu diambil untuk mengelakkan kita menghidap penyakit buah pinggang..


 
          Memang tidak ramai yang tahu tentang symptom-symptom sakit buah pinggang kerana mereka tidak peka dan tidak mahu mengambil tahu tentang penyakit yang kian menyerang beberapa orang terutamanya di Malaysia..
 
          Kita perlu perhatikan perubahan dalam pembuangan air kencing. Lihat sekerap mana kita membuang air kencing samada kerap atau tidak daripada kebiasaan. Juga perhatikan jika ada darah semasa membuang air kecil..
 
          Selain itu, mungkin kita sering merasa keletihan.. Hal ini kerana, kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah.. Tanda penghasilan sel darah merah yang mencukupi boleh menghasilkan anemia dan akibatnya anda akan mengalami keletihan yang melampau..
 
          Seterusnya symptom yang akan berlaku ialah kita akan mengalami pembengkakan pada salah satu anggota badan.. Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan kita.. Dan sebaliknya akan berlaku jika buah pinggang kita gagal berfungsi..
 
          Tanda seterusnya ialah kita akan mengalami ruam dan kegatalan.. Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh kita akan menyebabkan kita akan mengalami kegatalan yang teruk..
 
          Perhatikan jika kita ada rasa seperti logam di dalam mulut kita.. Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang.. Ianya berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam sel darah.. Juga akan mengalami loya dan muntah-muntah..
 
         Kita akan merasa sejuk sepanjang masa.. Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun berada di cuaca yang panas.. Kesukaran untuk bernafas juga adalah salah satu symptom penyakit ini.. Ia mungkin disebabkan anemia atau pengumpulan bendalir dalam paru-paru..
 
        Seterusnya, kita merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah kanan.. Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang kita.. Beberapa bentuk penyakit buah pinggang boleh menyebabkan ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang..
 
        Kita juga kerap berasa pening kepala.. Ini boleh disebabkan oleh anemia yang mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak.. Oleh itu, kita semua perlu membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala agar kita dapat mengetahui status kesihatan kita..
 
         
 


Menenangkan fikiran..

        Aku bersama-sama rakan sering pergi ke Putrajaya untuk meluangkan masa bersama di samping dapat menenangkan fikiran setelah penat menelaah buku.. Kalau tidak ke Alamanda kami akan ke masjid Putra kerana di situ adalah tempat yang cantik.. Melihat masjid yang cantik membuatkan hati kami berasa tenang..

         Kenderaan kami ke sana adalah dengan menaiki kereta.. Kalau tak ada kereta sendiri kami akan menyewa kereta dan berkongsi wang untuk bayar duit kereta sewa.. Duit boleh dicari tapi persahabatan itu susah nk cari..

         
 
 
         Kadang-kadang kami memikirkan persahabatan di peringkat university adalah lebih bermakna kerana masing-masing dah boleh berfikiran secara matang.. Jika hendak membuat keputusan kami pasti akan memikirkan perancangan yang terbaik untuk setiap penyelesaian..
 
         Jika kami keluar bersama-sama untuk melihat dunia luar universiti, kami meneroka dengan lebih luas tentang keadaan semasa.. Tidak semata-mata duduk di bilik dan menelaah buku sehingga pagi.. Sedikit sebanyak kami dapat menghafal jalan di sekitar Selangor ni jika ada ahli saudara yang ingin berkunjung di sini terutamanya yang dating dari jauh..
 
         Permandangan di Putrajaya sangat cantik kerana di sekilingnya dipenuhi dengan bangunan kerajaaan.. Selain itu, terdapat banyak taman-taman rekreasi untuk aktiviti beriadah.. Ia sangat sesuai untuk meluangkan masa dengan keluarga tercinta.. Secara tak langsung hubungan kekeluargaan semakin erat..
 
         Apabila aku meluangkan masa bersama rakan-rakan, segala permasalahan aku hilang dan merasa lapang di fikiran.. Selain keluarga, rakan juga tempat aku mengadu dan rakan juga sentiasa ada di sisi semasa di universiti kerana keluarga berada jauh di kampong.. 

Acaman di kolej kediaman

      Semenjak aku belajar di UKM ni, aku merasakan yang aku berada di mini zoo dalam masa yang sama. Kenapa aku cakap macam tu sebab di sebelah patang sekumpulan monyet liar berkeliaran di Kolej Ungku Omar untuk mencari makanan.. Jumlah monyet yang dating bukan 2 atau 3 ekor tapi banyak.. Boleh katakan hampir 20 ekor yang berkeliar sekitar kolej ni..

      Ada yang masuk bilik orang tanpa izin, ada yang mencuri makanan pelajar.. Kami makan pun tak cukup, monyet pula yang mencuri makanan kami.. Hampir setiap hari pelajar wanita menjerit bagaikan terkena hysteria sedangkan monyet yang mencerobok blok kami..

      Tapi aku lebih tenang tangok ciptaan Allah ni.. Sedikit sebanyak cara monyet menyerupai perangai manusia.. Monyet sangat penyayang sebab setiap petang aku tengok monyet bawa sahaja anak dia yang masih kecil ke mana-mana mereka pergi.. Seinci pun mereka tak lepaskan anak dia walaupun si ibu mencari makan.. Mungkin takut kot anaknya diambil manusia..

       Aku sangat mengagumi sifat penyayang yang ada pada ibu monyet kerana mereka tidak tergamak membiarkan anak mereka sedangkan ada manusia yang tidak mempunyai peri kemanusiaan membuang bayi mereka yang masih kecil tanpa belas kasihan.. Sangat sedih apabila setiap bulan peratus orang membuang bayi semakin meningkat.. Siapakah yang harus dipersalahkan?
 
 
 
 
 

       Hmm, kadang-kadang aku merasa sedih apabila kisah pembuangan bayi berlaku di merata-rata tempat.. Di manakah belas kasihan si ibu sehingga sanggup membuang bayi yang tidak berdosa.. Semoga bayi itu mendoakan si ibu di dunia agar bertaubat..
 
       Kembali dengan cerita monyet tadi, monyet di UKM ni tidak takut apabila kita nak menghalaunya pergi malah mereka semakin garang dan seolah-olah hendak menerkam.. Pengaduan tentang haiwan liar ini telah diutarakan kepada piahk berkuasa namun tidak ada sebarang tindakan yang diambil untuk menghalang monyet daripada memasuki kawasan kolej kerana hal ini mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada para pelajar..

      Keadaan geografi di UKM ini mengundang bahaya kepada pelajar kerana bukan sahaja monyet malah haiwan liar yang lain seperti khinzir juga kelihatan berkeliaran di kawasan kolej.. Bagi pelajar yang berjalan kaki untuk pulang ke kolej sangat berisiko tinggi tentang keselamatan mereka kerana bila-bila masa sahaja haiwan liar itu boleh menyerang pelajar..

     Semoga tindakan lanjut dapat dilakukan untuk menghalau haiwan liar daripada memasuki kawasan kolej demi keselamatan pelajar daripada pihak berkuasa..

 


Selain keluarga, rakan menjadi tempat bercerita

        Kehidupan di universiti merupakan zaman belajar yang sangat menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan.. Zaman ni adalah zaman menerokai ke arah yang lebih jauh untuk menambahkan pengetahuan serta mengaplikasikan ilmu yang dipelajari sebelum melangkah ke alam pekerjaan..

        Di universiti, aku mendapat ramai kawan baru yang mempunyai pelbagai latar belakang dan watak yang berbeza.. Setiap seorang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.. Tidak ada sempurna di atas dunia ini selain dengan izinNya..

        Setiap hari, aku belajar berkumpulan bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain.. Dengan membuat belajar secara berkumpulan, kita dapat bertukar-tukar pandangan dan idea.. Dengan itu, otak kita akan berkembang dengan lebih baik serta dapat berfikiran secara rasional..

        Sambil belajar, kami selitkan dengan cerita-cerita yang bermaanfaat agar tidak berasa bosan kerana terlalu lama menelaah buku.. Masing-masing dengan ceritanya yang tersendiri, ada yang kelakar, sedih dan cerita yang seram..

        Dengan ini, secara tidak sedar aku dapat mengurangkan sedikit kesedihanku terhadap pemergian arwah abah.. Jika tidak, aku sering terfikir tentang arwah abah.. Kehadiran rakan yang sangat memahami membuatkan aku sentiasa bersyukur kepada Allah.. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. InsyaAllah :)

       

Kehidupan tanpa seorang ayah disisi

        Saat orang lain gembira bersama ayah tercinta, aku terpaksa menahan sebak kerana teringat kembali saat-saat gembira aku bersama abah.. Abah adalah heroku untuk selamanya.. Berbaktilah kepada orang tuamu selagi mereka masih ada.. Kalau tidak menyesal di kemudian hari tidak lagi berguna.. Bahagiakan lah kedua-dua orang tuamu kerana mereka telah bersusah payah membesarkan kita daripada hari pertama kita mengenal bumi..

      Kehidupan seharian terasa sedikit berbeza kerana tidak ada lagi abah disisi.. Tempat bermanja beralih kepada mak.. Selama ini abah lah yang menjadi tempatku meluahkan segala rasa perasaan ini.. Aku terima takdir ini dengan hati yang redha mungkin Allah mengambil kembali apa yang dipinjamkan kepada kita untuk menghadiahkan sesuatu yang terbaik untuk kita.. Yakinlah kepada Allah yang satu..
 
       Tiada yang dapat memahami kita selain daripada kedua ibu bapa kita.. Kasih sayang yang diberikan kepada kita tiada bandingannya.. Arwah abah yang suka membuat lawak tidak pernah aku lupakan.. Dialah yang meriuhkan suasana ketika ahli keluarga berkumpul.. Tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan tempatnya setelah dia tiada..
 
        Hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada.. Jika tidak kita akan menyesal seumur hidup kita.. Berbakti lah kepada ibu bapa ketika mereka tua.. Jangan pernah mengeluh setiap pengorbanan yang kita sumbangkan..
        


Pemergian abah tercinta suatu kehilangan yang sangat besar kepada keluarga...

       Tanggal 5 November 2013 abah tercinta telah pulang kembali kepada sang Pencipta.. Setelah 2 bulan bertarung nyawa menahan ujian sakit yang diberi oleh Allah swt.. Nikmat sakit yang diberi kepada hambaNya adalah umtuk mengingatkan manusia tentang kebesaran Allah.. Beringatlah sebelum kena.. Ketika sihat ingatlah sakit.. Setinggi-tinggi syukur perlu dipanjatkan kepada Ilahi kerana berpeluang untuk bertaubat sebelum kita semua menyusul di kemudian hari..

 
 
         Ajal, jodoh, rezeki semua ketetapan Allah.. Kita sebagai manusia biasa yang lagi hina ini tidak mampu menolak ketentuan Ilahi.. Sebagai hamba, sentiasalah berdoa agar mati dalam keadaan yang baik, bertemu jodoh yang baik dengan izinNya, dan murah rezeki.. Ketika kita susah ingatlah bahawa ada manusia yang lebih susah daripada kita.. Bersyukurlah dengan apa yang diberi olehNya.. Ketika kita senang, ringankanlah tangan mu untuk bersedekah ke jalan Allah.. Semoga Allah redha..
 
 
 
 
          Bersediakah kita untuk menghadapi mati? Ingatlah setiap amalan yang kita lakukan adakah ke jalan Allah atau sebaliknya.. Semoga kita semua tidak membuat perkara yang sia-sia sepanjang hidup kita.. Amalan yang baik adalah bonus untuk kita menuju ke akhirat.. Perkara yang wajub adalah tiket untuk ke syurga Allah swt.. Nikmat di syurga tiada bandingannya.. Allahuakbar Allah Maha Besar..
 
 
          Pada hari terakhir puasa tahun 2013, abah mengadu sakit dada.. Setelah menerima rawatan di klinik, abah terasa tidak selesa dan sakit dada semakin terasa.. Beliau mengambil keputusan untuk menerima rawatan di hospital besar.. Aku bersama kakak membawa abah ke hospital sementara orang lain sedang sibuk kerana membuat persediaan untuk perayaan untuk hari esoknya..
 
 
          Sampai di hospital, abah mendaftar diri sebagai pesakit luar.. Setelah beberapa minit berlalu, abah dipanggil untuk menerima rawatan.. Aku dan kakak menunggu abah di luar bilik kecemasan.. Agak lama, tetapi kami setia menunggu sehingga menerima keputusan daripada doctor yang merawat abah.. Sementara menunggu, hati tidak putus berdoa agar keadaan abah baik dan semoga tadak ada apa yang berlaku kepada abah..
 
 
           2 jam berlalu, doctor yang merawat abah di bilik kecemasan memanggil aku dan kakak untuk memberi sedikit penerangan tentang keadaan abah.. Hati berdebar ketika doctor ingin menyampaikan sesuatu tentang abah.. Tapi aku tabahkan hati agar kakak tidak berasa sedih.. "Ayah kamu kena serangan jantung. kemungkinan 4% untuk maut.kamu berdoa banyak-banyak supaya ayah kamu tidak ada apa-apa" kata doctor cina tadi.. Saat itu, air mata ku ingin mengalir sederasnya bersama hati yang berdegup kencang mendengar penjelasan doctor itu tadi.. Tapi aku cuba gagahkan diri dan tabahkan hati untuk terima semua ini agar kesedihan ini tidak aku tunjukkan dihadapan kakak..
 
 
         Kakak beredar untuk membeli makanan untuk berbuka kerana waktu berbuka telah hampir.. Aku duduk di bilik menunggu dan tanpa disedari airmata telahpun mengalir deras di pipi.. Tidak boleh lagi aku menahan sebak di dada dengan pemberitahuan doctor itu tadi tentang abah.. Aku memanjatkan doa kepada Allah agar abah selamat dan cepat sembuh..
 
 
         Setelah beberapa jam abah berada dalam bilik kecemasan, abah dipindahkan ke wad CCU untuk dipantau oleh doctor.. Aku dan kakak hanya mengikut nurse menghantar abah ke wad CCU.. Kami dtidak dibenarkan masuk ke dalam wad kerana mereka hendak membuat persediaan terhadap abah..
 
         Aku menelefon mak tentang keadaan abah yang dimasukkan ke wad CCU.. Mak mula risau dan aku tenteramkan mak.. Bermohon agar mak berdoa yang terbaik untuk abah..
 
        Pada sebelah malam, aku dan kakak pulang ke rumah untuk mengemas pakaian dan barang abah untuk dibawa ke hospital pada keesokan harinya.. Seperti pengalaman yang tidak dilupakan kerana kami sekeluarga menyambut raya puasa di hospital.. Makan lemang dan rending di hospital.. Tapi perasaan sebak mula menyelubungi kerana abah tidak dapat makan walau sedikit pun rending yang mak masak.. Apakah daya, abah sedang diuji..
 
        Sepanjang abah berada di hospital, saudara mara serta sahabat andai abah mula melawat abah di hospital.. Ketika berada di wad CCU hanya 2 orang pelawat dibenarkan untuk melawat abah.. Ketika itu keadaan abah baik kerana telah diberi bantuan oksigen untuk membantu penafasan.. Aku tidak dapat menahan sebak ketika melawat abah kerana seluruh badannya dipenuhi dengan wayar.. Aku hanya berpura-pura senyum di depan abah agar abah kuat menghadapi ujian Allah dan cepat sembuh..
 
      Beberapa hari abah ditahan di wad CCU, akhirnya abah dibenarkan berpindah ke wad biasa.. Alhamdulillah, ada sedikit perubahan pada abah.. Abah bertambah baik dan berselera untuk makan.. Beberapa hari kemudian, abah dibenarkan pulang.. Abah gembira dan kami semua tidak begitu risau dengan keadaan abah masa tu..
 
       Di rumah, mak sepenuhnya menjaga abah kerana kakak kerja dan aku belajar.. Hati aku tidak senang berada di UKM kerana memikirkan keadaan abah di rumah.. Setiap hari aku menelefon mak bertanyakan keadaan abah dari semasa ke semasa.. Berharap agar abah cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala..
 
       Ketika aku berada di UKM, aku menerima mesej daripada mak, yang mengatakan bahawa abah dimasukkan ke wad kerana masalah buah pinggang.. Hati aku sekali lagi tidak tenang..Hendak aku pulang tetapi pembelajaran di UKM menghalang aku untuk pulang.. Kerana hendak menghadapi peperiksaan pertengahan semester.. Aku hanya mampu berdoa dari jauh biarpun aku tidak berada di sisi abah ketika abah memerlukan perhatian daripada anak-anaknya.. Apakah daya aku mampu panjatkan doa kepada Allah agar dipermudahkan segalanya.. Aku tahu abah seorang yang kuat untuk hadapi semua dugaanNya..
 
      Ketika hari Selasa 5 November 2013, aku menerima panggilan telefon daripada mak.. Dalam keadaan mak menangis teresak-esak, mak gagahkan juga memberi tahu berita sedih dengan pemergian abah.. Ketika itu hanya Allah sahaja mengetahui perasaan ku yang sebak ini.. Apakah ini ujian daripadaNya untukku terus mengadu kepadaNya dan menguji ketabahanku..  
 
      Serta merta aku pulang ke kampung untuk mengucup pipi abah buat kali terakhir.. Sepanjang perjalanan aku ke kampung, awan berarak mendung seakan memahami kesedihan aku.. Aku membaca surah yasin ketika perjalanan aku untuk pulang ke kampung untuk arwah abah.. Berdoa supaya segala urusan dipermudahkan oleh Ilahi..
 
      Sampai aku di kampung, aku mencari mak terlebih dahulu.. Aku mendapatkan mak dan memeluk mak serta mencium mak.. Aku sudah tidak dapat menahan lagi perasaan sedih ini.. Tinggal mak tempat aku mengadu selepas ini.. Allah lebih menyayangi abah.. Untuk kali aku mencium arwah abah yang telah siap dikafan.. Terasa sejuk pipi abah dan kelihatan seperti abah sedang tidur.. Apakah daya. aku perlu menerima ketentuan Ilahi.. Terputusan la kebaikan aku dengan abah di atas dunia ini.. Seterusnya tanggungjawab aku adalah terus hadiahkan doa kepada arwah abah agar abah sentiasa senang di akhirat sana.. Amin
 




 
         

Tuesday 24 December 2013

Hari pertama sesi pembelajaran

         Hari pertama kuliah sangat menerujakan pelajar  baru seperti aku.. Bangun di awal pagi untuk ke kuliah kerana biasanya hari pertama aku nak mencari dewan kuliah dan jalan ke fakulti.. Hari itu aku bersama rakan baru berjalan ke FEP kerana jarak antara kolej kediaman dan fakulti kami adalah tidak jauh hanya mengambil masa 5 minit untuk sampai..

         Sampai di fakulti, aku mencari dewan kuliah kerana kuliah akan bermula pada pukul 8 pagi.. Setelah jumpa aku masuk ke dalam dewan tersebut, dan keadaan agak sunyi kerana hanya beberapa orang sahaja yang berada dalam dewan tersebut.. Mungkin pelajar lain menemui lagi dewan tersebut atau kolej kediaman mereka terletak jauh dari fakulti.. Oleh itu, mereka terpaksa menunggu dan menaiki bas untuk ke fakulti..

        
 
 
          Setibanya pesyarah, kami memperkenalkan diri masing-masing.. Kebiasaan hari pertama kuliah, tidak ada apa sangat untuk dibincangkan tentang pembelajaran.. Kami membuat simple ice-breaking bersama pensyarah dan berkenalan antara satu sama lain..
 
           Selepas itu, pensyarah memberitahu serba sedikit tentang topic-topic yang bakal kami belajar untuk semester ini.. Kami diberi kesempatan untuk menanyakan soalan tentang pembelajaran di universiti..bagaimanakah system penilaian di universiti dan pelbagai jenis soalan diajukan kepada pensyarah.. Pensyarah dengan tenang menjawab soalan demi soalan yang ditanya oleh pelajar..
 
          Pensyarah yang mesra dengan pelajar membuatkan pelajar lebih senang belajar dengan pensyarah tersebut.. Pelajar tidak merasa segan apabila hendak bertanya soalan yang mereka tidak faham kepada pensyarah.. Hal yang demikian memudahkan proses pembelajaran kepada pelajar.. Pelajar juga tidak mudah berasa bosan jika mereka dapat berinteraksi dengan pensyarah ketika dalam kuliah..
 
         Pelajar yang sering ponteng kelas adalah pelajar yang merasakan dirinya bosan untuk hadir ke kelas kerana pensyarah yang tidak efektif dalam pengajarannya.. Pengajaran yang efektif membantu pelajar memahami setiap isi yang disampaikan oleh pensyarah.. Sesi soal jawab yang diadakan oleh pensyarah kepada pelajar membantu pelajar memahami proses pembelajaran yang dijalankan..

         Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti di fakulti memudahkan pelajar sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.. Setakat ini aku berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan di fakulti..

Merelakan Hati

         Tiba hari sepatutnya aku daftar di UKM, suasana sedih mula menyelubungi.. Dalam keadaan abah yang sakit, aku terpaksa pergi kerana tuntutan Ilahi iaitu belajar keranaNya.. Meninggalkan mak sendirian menjaga abah yang sakit di hospital.. Hati ketik itu sangat berbelah bagi samaada hendak extend pengajian atau meneruskan pendaftaran di UKM.. Dengan keredhaan daripada kedua-dua orang tua dan restu keluarga serta dengan izinNya aku gagahkn diri untuk meninggalkan mereka untuk meneruskan pengajian di UKM..

          Sehari sebelum hari pendaftaran, aku ditemani oleh kakak ke Kuala Lumpur dan bermalam di rumah mak su sebelum bertolak ke UKM pada keesokannya.. Setelah sampai di KL, mak su membawa kami berjalan di sekitar KL, maklum lah bukan selalu ke KL kalau tidak bersebab..

           Keesokannya, di pagi hari kami bertolak ke Bangi hanya 45minit dari KL.. Pertama kali aku sampai di Bangi.. Ketika itu pelbagai persoalan bermain di fikiran.. Bolehkah aku berdikari di tempat orang? Kerana aku tidak pernah berjauhan dengan keluarga..

           Sampai di UKM, aku sedikit teruja kerana seakan tidak percaya aku akan menuntut di universiti yang terbaik di Asia.. Melihat keadaan UKM yang besar, mampukah aku sesuaikan diri di situ? Aku belajar kerana Allah dan aku yakin sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah swt.
 
 
 
 
             Aku semakin bersemangat untuk meneruskan pembelajaran di UKM.. Melihat kawasan persekitaran UKM yang menenangkan fikiran dengan tumbuhan-tumbuhan hijau dan haiwan yang ada di UKM.. Terasa berada di zoo pun ada jugak..hehe
 
 
             Setibanya di kolej kediaman, aku disambut oleh senior untuk proses pendaftaran.. Setelah selesai daftar, aku menyimpan barang-barang di bilik kemudian aku dibawa oleh mak su berjalan-jalan di sekitar bangi..
 
 
              Kemudian, mereka semua pulang ke rumah setelah selesai urusan pendaftaran ku di kolej kediaman.. Bilik di Kolej Ungku Omar sangat selesa dan setimpal dengan bayaran yuran kolej.. Aku mengemas bilik dan menunggu siapa yang akan berkongsi bilik dengan ku..
 
 
               Pada pukul 2 petang hari yang sama sesi suaikenal telah bermula selama seminggu yang dikendalikan oleh senior.. Pada hari tu, aku mendapat ramai kawan baru iaitu kawan seperjuangan di UKM.. Kami bertukar-tukar pendapat dan cerita semasa menerima tawaran ke UKM.. Menerima rakan baru banyak manfaatnya dan juga perlu berhati-hati agar tidak tersalah mamilih kawan..
 
               Ku akui, kehidupan di universiti sangat bebas dan tidak dipantau oleh guru seperti di sekolah, hanya diri sendiri yang kena mengawal samada memilih kebaikan atau keburukan.. Kematangan pada diri dan fikiran sangat lah penting ketika peringkat ini.. Tersilap langkah, padah lah semuanya..
 

Persediaan ke UKM

       Banyak persediaan perlu dilakukan sebelum diterima belajar di UKM.. Salah satunya adalah pemeriksaan kesihatan.. Aku telah membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan kerana di situ harganya jauh lebih murah daripada klinik swasta.. Aku ditemani oleh rakan baik pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan..
      
        Sampai di klinik, aku mengambil nombor giliran sebelum dipanggil untuk membuat pemeriksaan peringkat demi peringkat.. Inilah salah satu kelemahan klinik kerajaan iaitu perkhidmatan yang diberi tidak mantap.. Pelanggan terpaksa menunggu lama sementara nombor giliran dipanggil.. Hal ini setimpal dengan bayaran yang dikenakan berbanding dengan klinik swasta..

        Setelah tiba nombor giliran ku dipanggil, aku dikehendaki untuk memeriksa BMI terlebih dahulu.. Kemudian diminta untuk membuat pemeriksaan urin.. Perkara ini adalah pertama kali bagiku dan kemudian diminta membuat pemeriksaan x-ray..
 
        Beberapa minit selepas pemeriksaan selesai dilakukan, keputusan telah pun diperoleh.. Alhamdulillah, keputusan yang baik menurut piawai kemasukan ke UKM.. Kepetusan pemeriksaan kesihatan hendaklah diserahkan kepada pihak universiti semasa sesi pendaftaran..




Thursday 19 December 2013

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga, Inilah Takdir Allah

Terima Tawaran ke UKM
 
 
      Apabila tiba tarikh yang sepatutnya untuk menyemak keputusan permohonan untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, hati mula berdebar-debar dan berharap akan menerima keputusan yang positif iaitu dapat meneruskan pengajian di university tempatan yang diminati..Sebilangan rakan seperjuangan telah menyemak keputusan permohonan dan ada di antara mereka mula menanyakan soalan kepada ku, "eyka,kau dapat university mana?"..Aku tidak dapat menjawab soalan mereka kerana tidak lagi menyemak keputusan permohonan..Setelah 5 jam berlalu, hati ku terdetik untuk menyemak keputusan, dan berdoa kepada Ilahi agar aku di tempatkan di university yang aku minat..
 
      Setelah Berjaya menyemak keputusan tersebut, aku sedikit terkejut kerana aku menerima tawaran ke UKM..Hati sedikit sedih kerana UKM bukan lah pilihan utamaku..Pilihan utama adalah UUM..Aku munasabah diri, berdoa kepadaNya dan yakin bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya..Dalam tidak sedar, hati mula menerima reality yang aku telah mendapat tawaran ke UKM dalam bidang Pentadbiran Perniagaan..
 
      Perasaan sedih kerana tidak ditawarkan kursus Perakaunan..Setelah dikaji, UKM juga menawarkan kursus Perakaunan pada tahun kedua pengajian..Alhamdulillah, hati sedikit tenang..Rabbi Yasir Wala Tuasir, Allah akan menolong hambaNya jika kita mempunyai usaha dan setiap ynag dilakukan adalah keranaNya..
 
 
      Penerimaan keluarga atas keputusan ini adalah baik malah mereka memberi sokongan dari segi mental mahupun moral..Atas dorongan keluarga dan rakan-rakan seperjuangan, aku telah membuat keputusan untuk terima tawaran ke UKM..Setelah itu, fikiran sering memikirkan tentang keadaan UKM dan tempat di sekitar UKM..Pelbagai soalan demi soalan bermain di fikiran..
 
 
        Sedikit demi sedikit kajian dilakukan tentang UKM sepanjang cuti di rumah..Persiapan barangan untuk ke university mula dibeli..Hati gembira kerana tidak sabra hendak memulakan pembelajaran di UKM sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan..