Wednesday 25 December 2013

Kehidupan tanpa seorang ayah disisi

        Saat orang lain gembira bersama ayah tercinta, aku terpaksa menahan sebak kerana teringat kembali saat-saat gembira aku bersama abah.. Abah adalah heroku untuk selamanya.. Berbaktilah kepada orang tuamu selagi mereka masih ada.. Kalau tidak menyesal di kemudian hari tidak lagi berguna.. Bahagiakan lah kedua-dua orang tuamu kerana mereka telah bersusah payah membesarkan kita daripada hari pertama kita mengenal bumi..

      Kehidupan seharian terasa sedikit berbeza kerana tidak ada lagi abah disisi.. Tempat bermanja beralih kepada mak.. Selama ini abah lah yang menjadi tempatku meluahkan segala rasa perasaan ini.. Aku terima takdir ini dengan hati yang redha mungkin Allah mengambil kembali apa yang dipinjamkan kepada kita untuk menghadiahkan sesuatu yang terbaik untuk kita.. Yakinlah kepada Allah yang satu..
 
       Tiada yang dapat memahami kita selain daripada kedua ibu bapa kita.. Kasih sayang yang diberikan kepada kita tiada bandingannya.. Arwah abah yang suka membuat lawak tidak pernah aku lupakan.. Dialah yang meriuhkan suasana ketika ahli keluarga berkumpul.. Tiada sesiapa pun yang dapat menggantikan tempatnya setelah dia tiada..
 
        Hargailah kedua ibu bapa kita sementara mereka masih ada.. Jika tidak kita akan menyesal seumur hidup kita.. Berbakti lah kepada ibu bapa ketika mereka tua.. Jangan pernah mengeluh setiap pengorbanan yang kita sumbangkan..
        


No comments:

Post a Comment