Wednesday 25 December 2013

Pemergian abah tercinta suatu kehilangan yang sangat besar kepada keluarga...

       Tanggal 5 November 2013 abah tercinta telah pulang kembali kepada sang Pencipta.. Setelah 2 bulan bertarung nyawa menahan ujian sakit yang diberi oleh Allah swt.. Nikmat sakit yang diberi kepada hambaNya adalah umtuk mengingatkan manusia tentang kebesaran Allah.. Beringatlah sebelum kena.. Ketika sihat ingatlah sakit.. Setinggi-tinggi syukur perlu dipanjatkan kepada Ilahi kerana berpeluang untuk bertaubat sebelum kita semua menyusul di kemudian hari..

 
 
         Ajal, jodoh, rezeki semua ketetapan Allah.. Kita sebagai manusia biasa yang lagi hina ini tidak mampu menolak ketentuan Ilahi.. Sebagai hamba, sentiasalah berdoa agar mati dalam keadaan yang baik, bertemu jodoh yang baik dengan izinNya, dan murah rezeki.. Ketika kita susah ingatlah bahawa ada manusia yang lebih susah daripada kita.. Bersyukurlah dengan apa yang diberi olehNya.. Ketika kita senang, ringankanlah tangan mu untuk bersedekah ke jalan Allah.. Semoga Allah redha..
 
 
 
 
          Bersediakah kita untuk menghadapi mati? Ingatlah setiap amalan yang kita lakukan adakah ke jalan Allah atau sebaliknya.. Semoga kita semua tidak membuat perkara yang sia-sia sepanjang hidup kita.. Amalan yang baik adalah bonus untuk kita menuju ke akhirat.. Perkara yang wajub adalah tiket untuk ke syurga Allah swt.. Nikmat di syurga tiada bandingannya.. Allahuakbar Allah Maha Besar..
 
 
          Pada hari terakhir puasa tahun 2013, abah mengadu sakit dada.. Setelah menerima rawatan di klinik, abah terasa tidak selesa dan sakit dada semakin terasa.. Beliau mengambil keputusan untuk menerima rawatan di hospital besar.. Aku bersama kakak membawa abah ke hospital sementara orang lain sedang sibuk kerana membuat persediaan untuk perayaan untuk hari esoknya..
 
 
          Sampai di hospital, abah mendaftar diri sebagai pesakit luar.. Setelah beberapa minit berlalu, abah dipanggil untuk menerima rawatan.. Aku dan kakak menunggu abah di luar bilik kecemasan.. Agak lama, tetapi kami setia menunggu sehingga menerima keputusan daripada doctor yang merawat abah.. Sementara menunggu, hati tidak putus berdoa agar keadaan abah baik dan semoga tadak ada apa yang berlaku kepada abah..
 
 
           2 jam berlalu, doctor yang merawat abah di bilik kecemasan memanggil aku dan kakak untuk memberi sedikit penerangan tentang keadaan abah.. Hati berdebar ketika doctor ingin menyampaikan sesuatu tentang abah.. Tapi aku tabahkan hati agar kakak tidak berasa sedih.. "Ayah kamu kena serangan jantung. kemungkinan 4% untuk maut.kamu berdoa banyak-banyak supaya ayah kamu tidak ada apa-apa" kata doctor cina tadi.. Saat itu, air mata ku ingin mengalir sederasnya bersama hati yang berdegup kencang mendengar penjelasan doctor itu tadi.. Tapi aku cuba gagahkan diri dan tabahkan hati untuk terima semua ini agar kesedihan ini tidak aku tunjukkan dihadapan kakak..
 
 
         Kakak beredar untuk membeli makanan untuk berbuka kerana waktu berbuka telah hampir.. Aku duduk di bilik menunggu dan tanpa disedari airmata telahpun mengalir deras di pipi.. Tidak boleh lagi aku menahan sebak di dada dengan pemberitahuan doctor itu tadi tentang abah.. Aku memanjatkan doa kepada Allah agar abah selamat dan cepat sembuh..
 
 
         Setelah beberapa jam abah berada dalam bilik kecemasan, abah dipindahkan ke wad CCU untuk dipantau oleh doctor.. Aku dan kakak hanya mengikut nurse menghantar abah ke wad CCU.. Kami dtidak dibenarkan masuk ke dalam wad kerana mereka hendak membuat persediaan terhadap abah..
 
         Aku menelefon mak tentang keadaan abah yang dimasukkan ke wad CCU.. Mak mula risau dan aku tenteramkan mak.. Bermohon agar mak berdoa yang terbaik untuk abah..
 
        Pada sebelah malam, aku dan kakak pulang ke rumah untuk mengemas pakaian dan barang abah untuk dibawa ke hospital pada keesokan harinya.. Seperti pengalaman yang tidak dilupakan kerana kami sekeluarga menyambut raya puasa di hospital.. Makan lemang dan rending di hospital.. Tapi perasaan sebak mula menyelubungi kerana abah tidak dapat makan walau sedikit pun rending yang mak masak.. Apakah daya, abah sedang diuji..
 
        Sepanjang abah berada di hospital, saudara mara serta sahabat andai abah mula melawat abah di hospital.. Ketika berada di wad CCU hanya 2 orang pelawat dibenarkan untuk melawat abah.. Ketika itu keadaan abah baik kerana telah diberi bantuan oksigen untuk membantu penafasan.. Aku tidak dapat menahan sebak ketika melawat abah kerana seluruh badannya dipenuhi dengan wayar.. Aku hanya berpura-pura senyum di depan abah agar abah kuat menghadapi ujian Allah dan cepat sembuh..
 
      Beberapa hari abah ditahan di wad CCU, akhirnya abah dibenarkan berpindah ke wad biasa.. Alhamdulillah, ada sedikit perubahan pada abah.. Abah bertambah baik dan berselera untuk makan.. Beberapa hari kemudian, abah dibenarkan pulang.. Abah gembira dan kami semua tidak begitu risau dengan keadaan abah masa tu..
 
       Di rumah, mak sepenuhnya menjaga abah kerana kakak kerja dan aku belajar.. Hati aku tidak senang berada di UKM kerana memikirkan keadaan abah di rumah.. Setiap hari aku menelefon mak bertanyakan keadaan abah dari semasa ke semasa.. Berharap agar abah cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti sedia kala..
 
       Ketika aku berada di UKM, aku menerima mesej daripada mak, yang mengatakan bahawa abah dimasukkan ke wad kerana masalah buah pinggang.. Hati aku sekali lagi tidak tenang..Hendak aku pulang tetapi pembelajaran di UKM menghalang aku untuk pulang.. Kerana hendak menghadapi peperiksaan pertengahan semester.. Aku hanya mampu berdoa dari jauh biarpun aku tidak berada di sisi abah ketika abah memerlukan perhatian daripada anak-anaknya.. Apakah daya aku mampu panjatkan doa kepada Allah agar dipermudahkan segalanya.. Aku tahu abah seorang yang kuat untuk hadapi semua dugaanNya..
 
      Ketika hari Selasa 5 November 2013, aku menerima panggilan telefon daripada mak.. Dalam keadaan mak menangis teresak-esak, mak gagahkan juga memberi tahu berita sedih dengan pemergian abah.. Ketika itu hanya Allah sahaja mengetahui perasaan ku yang sebak ini.. Apakah ini ujian daripadaNya untukku terus mengadu kepadaNya dan menguji ketabahanku..  
 
      Serta merta aku pulang ke kampung untuk mengucup pipi abah buat kali terakhir.. Sepanjang perjalanan aku ke kampung, awan berarak mendung seakan memahami kesedihan aku.. Aku membaca surah yasin ketika perjalanan aku untuk pulang ke kampung untuk arwah abah.. Berdoa supaya segala urusan dipermudahkan oleh Ilahi..
 
      Sampai aku di kampung, aku mencari mak terlebih dahulu.. Aku mendapatkan mak dan memeluk mak serta mencium mak.. Aku sudah tidak dapat menahan lagi perasaan sedih ini.. Tinggal mak tempat aku mengadu selepas ini.. Allah lebih menyayangi abah.. Untuk kali aku mencium arwah abah yang telah siap dikafan.. Terasa sejuk pipi abah dan kelihatan seperti abah sedang tidur.. Apakah daya. aku perlu menerima ketentuan Ilahi.. Terputusan la kebaikan aku dengan abah di atas dunia ini.. Seterusnya tanggungjawab aku adalah terus hadiahkan doa kepada arwah abah agar abah sentiasa senang di akhirat sana.. Amin
 




 
         

No comments:

Post a Comment